Syarul Ridzwan Jual Bedak Sejuk

Empat tahun bergelar pelakon, masih belum cukup untuk pelakon Syahrul Ridzwan, 26, meletakkan dirinya berada di zon selesa.

 

Akuinya, masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan dari segi mutu lakonan.

 

Pun begitu, dia bersyukur kerana kini kehadirannya dalam dunia lakonan semakin diterima ramai lebih-lebih lagi sejak muncul menerusi drama bersiri Hati Perempuan yang ditayangkan di saluran TV3, sekitar Mei lalu.

 

Tak kurang, dia dan gandingannya dalam drama tersebut iaitu Mia Ahmad menjadi bualan hangat apabila timbul gosip mengatakan mereka sebenarnya memang pasangan cinta di dunia realiti.

 

“Saya dengan Mia sampai hari ini kami masih berkawan. Macam yang pernah saya katakan sebelum ini, kami tidak bercinta,” tuturnya malu-malu.

 

Menginjak setapak lagi, Shahrul diberi kepercayaan mengalas tanggungjawab menjayakan sebuah pementasan teater muzikal Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk yang akan dipentaskan di Istana Budaya mulai 12 hingga 18 Oktober ini.

 

Dalam naskah yang diadaptasi daripada filem Indonesia itu, Syarul memengang watak sebagai Muluk iaitu orang kanan kepada Zainuddin lakonan Amar Baharin.

 

“Ini pertama kali saya berlakon teater. Walaupun tiada pengalaman di pentas teater tetapi saya sahut cabaran dan saya anggap ini peluang untuk saya pertingkatkan kerjaya lakonan saya.

 

“Berlakon teater tidak sama seperti drama kerana teater lebih mencbar. Kerana itu saya mahu bermula daripada bawah dan saya beritahu penerbit saya hanya berani terima watak yang kecil untuk kali ini.

 

“Muluk walaupun peranan dia sikit tetapi dia menjadi ‘turning point’ kepada kebangkitan Zainuddin.

 

“Sejujurnya, mula-mula saya tiada keyakinan untuk bawa watak ini tetapi selepas menjalani latihan dan memperbaiki segala kelemahan, saya yakin saya dapat berikan lakonan yang terbaik pada pementasan nanti,” katanya ketika ditemui di Istana Budaya baru-baru ini.

 

Teater Muzikal Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck diarahkan oleh Mohamad Azhar Zainal dan dibarisi pelakon lain seperti Liza Abdullah, Nabila Huda, Karl Shafek dan ramai lagi.

 

Di samping sibuk dengan sesi latihan teater tersebut Syarul memberitahu dia juga terikat dengan komitmen penggambaran drama bersiri Kau, Aku dan Kita yang mengandingkannya dengan seorang lagi pendatang baru, Janna Nick.

 

Selain itu, drama lakonannya yang sedang ditayangkan d saluran TV2 berjudul Street Vendita.

 

Tambahnya, dia sekarang sudah mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan iaitu menjual bedak sejuk sejak sebulan lalu.

 

Syarul menyatakan dia mengambil keputusan menjalankan perniangaan kerana menyedari tridak selamanya dia akan bergelar pelakon dan menjadi pilihan ramai.

 

Justeru, sebagai persediaan awal, dia mula menjalankan perniagaan secara kecil-kecil dulu.

 

Katanya, idea tercetuskan untuk memasarkan bedak sejuk timbul ketika dia pulang ke kampung dan melihat neneknya mengamalkan memakai bedak sejuk.

 

Dari situ dia mula terfikir dan berminat untuk memasarkan produk tersebut secara komersial.

 

“Saya sedar tidak lamanya kita akan berada di tahap ini. Jadi, sebagai persediaan saya mula jalankan perniagaan dan saya memilih untuk menjual produk kecantikan iaitu bedak sejuk sejuk yang boleh diamalkan oleh kaum lelaki dan perempuan.

 

“Nama bedak sejuk saya Aisamas. Istimewanya ia adalah bedak sejuk ‘homemade’ tradisi turun temurun keluarga saya. Bahan-bahannya terdiri daripada campuran temulawak dan kulit kayu manis.

 

“Setakat ni saya baru pasarkan secara kecil-kecil menerusi online sejak sebulan lalu. Insha Allah, saya akan lancarkan secara rasmi pada Januari tahun depan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.