Selagi ‘Budak Jawa Perak’ Bernafas Najib Selamat

Juruhebah radio RTM, Mohd Nor Amin percaya tiada sesiapa pun dapat menumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selagi “budak jawa Perak” berada di belakangnya termasuk pihak yang “berstatus raja”.

 

Menurut bekas juruhebah Radio Malaysia Ibu Kota (RMIK) itu, apa saja cubaan yang dilakukan untuk mencemar nama perdana menteri tidak akan berjaya dengan adanya “budak jawa Perak” berkenaan.

 

Kenyatan tersebut dipercayai merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

 

Kenyataan itu dipercayai reaksi Noramin kepada situasi politik semasa yang menyaksikan Najib sedang menghadapi tekanan daripada pelbagai pihak – termasuk kalangan pemimpin Umno sendiri – supaya berundur.

 

Beberapa individu pula disoal siasat atau ditahan kerana membangkitkan bermacam isu, termasuk 1MDB.

 

Kelmarin Majlis Raja-Raja Melayu meminta kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

 

Dalam satu kenyataan, Majlis Raja-Raja menegaskan semua memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

 

“Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran,” menurut kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

 

Baru-baru ini Noramin juga menjadi perhatian apabila mencadangkan supaya ibadah haji dijalankan di negara luar.

 

Kenyataan itu dibuatnya ekoran tragedi kren terjatuh di Masjidil Haram, namun tersebut akhirnya dipadam tidak lama kemudian.

One thought on “Selagi ‘Budak Jawa Perak’ Bernafas Najib Selamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.