S4S Tandingi Semua Kerusi DUN Di Sibu

Sibu – Sarawak For Sarawakians (S4S) bakal bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sibu sebagai calon Bebas.

 

Aktivis (S4S) Yeu Bang Kor berkata, kesediaan S4S bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang selepas mengambil kira kese-luruhan pendapat ahli S4S.

 

Katanya terdapat lima kerusi DUN di Sibu iaitu Bawang Assan, Dudong, Pelawan, Nangka dan Bukit Assek.

 

“Matlamat S4S adalah untuk memulihkan hak mentadbir dan kedudukan Sarawak dalam Malaysia.

 

“Selain itu S4S turut me-nuntut supaya perjanjian 18 perkara apabila Sarawak bekerjasama dengan pihak lain untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963 di kaji semula,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di pekarangan Mahkamah Sibu semalam.

 

Bang, 47, terdahulu hadir ke mahkamah untuk pendengaran kes beliau yang disiasat mengikut Seksyen 249 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

Menurut Bang, Sarawak mempunyai 71 wakil rakyat namun hanya beberapa orang sahaja yang berani bersuara bagi menuntut hak rakyat negeri ini.

 

“Antara mereka adalah Ketua Menteri Adenan Satem, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian,” katanya.

 

Bercakap lanjut, Bang berkata selain Sibu, S4S turut meletakkan calon di kerusi DUN lain di seluruh negeri.

 

Katanya nama calon yang bertanding akan diumumkan pada satu majlis yang  diada-kan dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.