NGO Gesa Polis Siasat Tun Mahathir

PETALING JAYA – Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) menggesa rakyat membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kenyataan beliau yang boleh mengancam keselamatan negara serta berbaur hasutan.

 

Pengerusinya, Ramesh Rao berkata, sebelum ini tiada laporan polis ditujukan khas untuk menahan bekas Perdana Menteri itu dan pihaknya mengambil tindakan dengan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Peraling Jaya hari ini.

 

Menurutnya, kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir semakin bercelaru sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap pelabur dan rakyat.

 

“Beliau seakan lupa akan perlembagaan dan undang-undang yang dilakukan ketika menjadi Perdana Menteri sepanjang 22 tahun.

 

“Perkara yang beliau katakan dahulu kita dibantah pula seperti tidak ikut dan hormat undang-undang,” katanya pada sidang media di luar IPD Petaling Jaya tadi.

 

Menurutnya, Tun Mahathir perlu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana jenayah fitnah, Seksyen 4(1b) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

 

Beliau berkata, pelbagai dakwaan yang dilontarkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ianya sudah melampaui batasan.

 

Ramesh berkata, sebanyak 22 kenyataan Tun Mahathir diserahkan kepada polis untuk rujukan sekaligus mengambil tindakan sewajarnya.

 

“Kami menggesa polis menyiasat Tun Mahathir dan jangan mengira dia bekas Perdana Menteri atau imuniti gelaran Tun,” katanya. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.