Lelaki Kena Saman, Maki Polis ‘Puk*M*k’

Kota Kinabalu – Seorang pengguna jalan raya yang awalnya disaman atas kesalahan trafik terpaksa berdepan satu lagi kesalahan disebabkan memaki dan mengaibkan anggota polis.

 

Jeffrey Sia Kee, 33, yang tidak berpuas hati disaman kerana tidak memakai tali pinggang keselamatan semasa memandu telah bertindak menulis perkataan lucah ‘puk*m**’ di bahagian nama penerima saman.

 

Tindakannya biadab yang bermaksud menghina dan mengaibkan anggota polis yang bertugas itu memaksa polis mengambil tindakan susulan dengan menahannya.

 

Insiden memalukan itu berlaku di Jalan Kota Kinabalu, Sabah jam 10.40 pagi kelmarin.

 

Untuk rekod, insiden serupa pernah berlaku pada pertengahan tahun lalu di Pulau Pinang apabila seorang tukang batu nisan, Lim Pei Jye, turut menulis perkataan lucah sedemikian atas surat saman yang diterimanya.

 

Lim kemudiannya didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret yang menjatuhkan hukuman penjara seminggu serta saman RM5,000 atas kesalahan tersebut. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.