Krisis Dengan DAP Untungkan PAS

Kuala Lumpur – Perpecahan yang berlaku dalam Pas tidak menjejaskan sokongan bukan Islam kepada parti itu.

 

Sebaliknya, krisis yang berlaku antaranya dengan DAP meningkatkan lagi sokongan kepada parti Islam itu

 

Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), N. Balasubramaniam berkata, setakat ini tidak ada ahli DHPP keluar menyertai parti lain kerana dasar perjuangan Pas membuatkan mereka terus setia.

 

“Sekarang sokongan bukan Islam pada Pas tiada masalah, kekal seperti dulu.

 

“Mereka dapat menilai pihak mana yang benar, malah sokongan itu semakin meningkat,” katanya ketika dihubungi FMT.

 

Mengulas mengenai penubuhan parti Amanah dan pembetukan Pakatan Harapan, Balasubramaniam berkata, ia tidak memberi kesan kepada DHPP, kerana Pas sudah terkenal sejak 60 tahun lalu.

 

“Ahli kita tidak ada yang keluar, cuma 13 ketua DHPP kawasan yang sertai Amanah, tujuh dari Selangor, empat Perak dan dua Johor dan kekosongan itu kita sudah isi semula, malah yang keluar itu mempunyai masalah di kawasan,” katanya.

 

Jumlah keseluruhan ahli DHPP, sehingga kini mencecah 50 ribu orang. – Free Malaysia Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.