Kanak-Kanak Mangsa Culik Ditemui Semula

SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang diculik daripada ibunya di hadapan sebuah tadika di Sungai Chua, Kajang kira-kira jam 9 pagi tadi ditemui semula pada petang ini.

 

Memetik laporan sebuah portal, kanak-kanak tersebut dihantar oleh seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam.

 

Dilaporkan pemandu teksi tersebut menghantar kanak-kanak terbabit di kediamannya di Kajang 5.35 petang tadi.

 

Menurut Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Willey Anak Richard, kanak-kanak itu dalam keadaan sihat dan telah dihantar untuk pemeriksaan doktor.

 

“Tindakan siasatan diteruskan,” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.