Jerebu Semakin Pulih Di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Keadaan jerebu di seluruh negara semakin pulih apabila hanya 38 kawasan termasuk Shah Alam, Kuala Lumpur dan Langkawi merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 9 pagi ini.

 

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPU bagi Shah Alam 77, Kuala Lumpur dan Langkawi, masing-masing 60.

 

Kawasan lain Nilai (61), Pelabuhan Klang (86) dan Seri Manjung, Perak (70).

 

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

 

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.- BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.