Fizo Tanggung Hutang RM8 Juta, Kerana Rakan Kongsi

Pelakon dan usahawan muda, Fizo Omar pernah ditipu rakan kongsinya sendiri di awal penglibatannya dalam dunia perniagaan dan dia akhirnya terpaksa menanggung hutang sebanyak RM8 juta.

 

“Saya ‘terduduk’ mendengar berita itu. Ibu saya menangis tidak henti manakala saya hampir pitam memikirkan di mana mahu cari duit sebanyak itu untuk membayar hutang kepada pihak bank.

 

“Lebih membebankan perasaan, bukan saya yang berhutang, tetapi mereka menipu tandatangan saya.

 

“Semuanya berlaku kerana saya tidak tahu selok-belok perniagaan dan terlalu percayakan rakan kongsi. Perkhabaran itu seperti halilintar membelah bumi hingga saya jadi hilang punca,” jelasnya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

 

Kini kes tersebut masih di dalam siasatan pihak berkuasa.

 

Bagaimanapun Fizo berkata beban hutang tersebut bukanlah pengakhiran kepada kehidupannya.

 

Malah dalam masa yang sama ia turut memberi pengajaran kepada Fizo untuk lebih berhati-hati dan kini dia sendiri sudah kembali bangkit dan sudah berjaya membeli kediaman idaman di Country Heights Kajang dan kereta impian.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.