Ahli Parlimen Nafi Disiasat SPRM

WANGSA MAJU – Ahli Parlimen Kota Tinggi yang dikatakan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan beliau tahu mengenai siasatan itu.

 

Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berkata, beliau juga tidak dipanggil untuk diambil kenyataan mahupun dihubungi oleh pihak SPRM.

 

“Saya hanya tahu tentang perkara itu melalui laporan media. Selepas itu baru saya mula terima panggilan dan mesej yang bertanyakan tentang hal itu,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Jabatan Latihan Khidmat Negara hari ini.

 

Ditanya mengenai penafian yang beliau disiasat oleh SPRM, katanya penafian itu sendiri datang daripada pihak berkenaan.

 

Terdahulu, media melaporkan seorang Ahli Parlimen dari Johor disiasat kerana didakwa menyalahgunakan kuasa dan jawatannya dalam sebuah syarikat GLC di mana ahli Parlimen berkenaan salah seorang daripada ahli lembaga pengarah syarikat terbabit.

 

Walaupun tiada nama yang disebut dalam laporan berkenaan, desas-desus menyebut Ehsanuddin merupakan ahli Parliemn yang disiasat itu. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.