Tanah Runtuh Di Tambunan

Tambunan – Tanah runtuh sepanjang kira-kira 50 meter berlaku di Kilometer 9, Jalan Kota Kinabalu-Tambunan, berhampiran Kampung Sunsuron, awal pagi tadi.

Difahamkan kejadian itu menyebabkan putus hubungan kerana bahagian jalan raya di kawasan itu runtuh sepenuhnya dan tidak boleh dilalui kenderaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 9.49 pagi.

“Bagaimanapun, tiada mangsa akibat kejadian itu. Jalan itu adalah laluan utama yang terletak antara Gunung Emas dan Tambunan,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.