Pesta Arak: PKR Dakwa Ada Pihak Sabotaj Azmin

Shah Alam – Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa mendakwa pihak tertentu cuba menjatuhkan kredibiliti Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor dengan mengaitkannya dengan ‘pesta arak’ Oktoberfest.

Beliau mempersoalkan kenapa ada pihak yang cuba mengheret Azmin dalam hal ini, sedangkan beliau baru beberapa hari mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Saya difahamkan ini bukan kali pertama pesta ini dianjurkan. Ini bermakna penganjur telah mematuhi penganjuran sedia ada.

“Urusan kelulusan ialah pihak berkuasa tempatan dan bukannya pimpinan tertinggi kerajaan negeri Selangor,” katanya ketika diminta mengulas penganjuran Oktoberfest yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Beberapa pihak termasuk Umno, PAS dan NGO membantah penganjuran pesta tersebut.

Fariz yang mengetuai NGO pro PKR iaitu Jingga 13 berkata, sepatutnya isu penganjuran Oktoberfest tidak berlaku kerana ia telah diadakan sejak beberapa tahun yang lalu.

Beliau tidak ada halangan jika diteruskan pada tahun ini sekira penganjur mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk tidak membabitkan orang Islam.

“Jika ia hanya untuk orang bukan Islam dan mematuhi syarat yang ditetapkan, saya rasa tidak ada halangan,” tambah beIiau.

Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhasbshee pula berkata, Oktoberfest adalah budaya yang dibawa masuk ke negara ini.

Beliau meminta Azmin menangani masalah itu sebaik-baiknya.

Malah Sye Ali tidak menentang pesta itu jika dibuat secara tertutup.

“Masalah sekarang dihebohkan secara meluas seolah-olah terlalu bangga dengan pesta itu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.