Penunjuk Perasaan Kurdis Bertempur Dengan Polis Turki, 14 Terbunuh

Ankara – Seramai 14 orang terbunuh apabila kumpulan penunjuk perasaan Kurdis bertempur dengan anggota polis negara ini semalam.

Agensi berita Turki melaporkan, keganasan terbaharu itu tercetus di kawasan penempatan Kurdis di timur Turki yang turut merebak di seluruh Turki dan Eropah apabila penunjuk perasaan menuntut agar tindakan lebih keras diambil terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS).

Agensi berita swasta Turki, Dogan berkata, setakat ini lapan orang dilaporkan maut di Diyarbakir yang terletak di timur Turki, dan beberapa lagi di bandar sebelah timur. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.