Olimpik 2022 Ubah Tarikh, Buka Laluan Kepada Piala Dunia

London – Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 mungkin terpaksa diubah daripada tarikh tradisi pada Januari dan Februari untuk membuka laluan kepada kelancaran bola sepak Piala Dunia di Qatar pada tempoh yang hampir sama.

Menurut Naib Pengerusi Persatuan Kelab Eropah (ECA), Umberto Gandini perkembangan itu diberitahu kepada delegasi di Sidang Kemuncak Pemimpin dalam Sukan di Stamford Bridge, hari ini bahawa Piala Dunia harus diberikan satu keutamaan berbanding Olimpik Musim Sejuk.

“Kita tidak mahu mencipta sebarang kontroversi di sini tapi Piala Dunia adalah acara utama dalam kalendar sukan bersama Sukan Olimpik musim panas,” katanya.

“Tapi tanpa mahu memperkecilkan status Sukan Olimpik Musim Salji, hakikatnya adalah temasya ini tidak sampai ke tahap sama.”

“Apabila anda ada acara besar seperti Piala Dunia dan anda terpaksa mengubahnya dari musim panas, jangan pula beritahu saya ia tidak mustahil untuk mencari satu rumusan memindahkan sedikit tarikh Sukan Olimpik Musim Sejuk.

“Tambahan, sukan Olimpik ini masih dalam proses bidaan dan cuma ada dua calon ketika ini (Beijing dan Almaty).”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.