Memey Tidak Cemburu, Faham Abby Yang Dalam Keadaan Tertekan

Kuala Lumpur – Aktres Memey Suhaiza tidak berasa cemburu apabila suaminya Norman Hakim menghantar mesej peribadi kepada Abby Abadi untuk memberi kata-kata semangat apabila paparan skrin perbualan itu dimuat naik di laman Instagram milik Abby Abadi.

Bercakap kepada mStar online, Memey berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk berasa cemburu kerana suaminya menunjukkan isi kandungan mesej berkenaan sebelum ia dihantar kepada Abby.

“Tiada sebab kenapa saya perlu berkecil hati dengan mesej berkenaan kerana ia lebih kepada kata-kata dorongan kepada Abby yang kini semua sedia maklum sedang dalam keadaan tertekan atas beberapa perkara.

“Malah sebelum ia dihantar suami menunjukkan draf mesej itu kepada saya dan saya sendiri tidak melihat apa-apa kesalahan atau perkara mencurigakan dalam pesanan tersebut,” katanya.

Mesej berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada peminat malah ada yang meminta Abby dan Norman kembali berkahwin manakala ramai turut mengecam tindakan Abby memuat naik cetakan skrin mesej itu kerana ia boleh menggores perasaan Memey sebagai isteri.

Dalam pada itu, Memey berkata, reaksi dan komen negatif yang dilemparkan peminat tidak meninggalkan kesan kepadanya kerana dia sudah mengetahui perkara sebenar apa dilakukan oleh Norman itu.

Jelas Memey lagi, Norman juga tidak pernah berahsia dan sentiasa berkongsi dengannya apa juga mesej di antaranya dan Abby yang secara keseluruhan berkisar tentang kebajikan anak-anak mereka.

“Tiada sebab kenapa saya perlu berkecil hati dengan mesej berkenaan kerana ia lebih kepada kata-kata dorongan kepada Abby yang kini semua sedia maklum sedang dalam keadaan tertekan atas beberapa perkara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.