Konsert Rock Tampilkan Bakat 9 Pelajar AF2014 Ahad Ini

Petaling Jaya – Nampaknya untuk minggu keenam ini vokal sembilan pelajar #AF2014 akan diuji dengan tema Rock!

Menerusi Diari AF, sewaktu pengetua memanggil seorang demi seorang pelajar untuk diberikan tugasan, kesemua mereka kelihatan begitu gembira dengan tema untuk minggu keenam ini.

Sedikit kelainan bakal ditonjolkan oleh mereka dan pastinya ia merupakan sesuatu yang menarik untuk melihat kemampuan vokal dan gaya dari setiap bintang #AF2014 yang masih kekal ini.

Pemilihan lagu dibuat sendiri oleh tenaga pengajar dan pengetua mengikut kesesuaian serta keserasian para pelajar dengan lagu yang diberikan.

Kali ini kesemua pelajar ceria dan gembira dengan lagu-lagu yang diberikan lebih-lebih lagi Nuha yang nampaknya begitu teruja.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum konsert keenam bermula.

Mampukah sembilan pelajar ini memberikan persembahan terbaik?

Sama-sama kita nantikan Ahad ini.

Berikut merupakan senarai lagu pelajar-pelajar #AF2014:

1. Azwan – Apa Nak Di Kata (XPDC)

2. Ziha – Luka Dilukai (Shima)

3. Zarif – Hukum Karma (Wings)

4. Nina – Layar Impian (Ella)

5. Nuha – What’s Up (4 Non Blondes)

6. Adel – Rolling In The Deep (Adele)

7. Firman – Kerja Gila (Amy Search)

8. Ewal – Fantasia Bulan Madu (Search)

9. Aman – Itu Kamu (Estranged)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.