HKL Sahkan 11 Mangsa Dirawat, Seorang Daripadanya Meninggal

Kuala Lumpur – Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkan 11 daripada mangsa kejadian letupan bom di Bukit Bintang iaitu tujuh lelaki dan empat wanita mendapat rawatan di situ .

Jurucakap HKL berkata, ia membabitkan lima warga tempatan, empat warga China serta masing-masing seorang warga Thailand dan Singapura. Bagaimanapun seorang warga tempatan yang menjalani rawatan pembedahan di HKL meninggal sebentar tadi.

Manakala 10 lagi mangsa masih mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan, dua daripadanya di zon merah. Setakat ini, mangsa yang meninggal dunia masih belum dibedah siasat.

Sementara itu, pihak kedutaan berkaitan sudah dimaklumkan dan hadir ke HKL untuk mengenal pasti identiti mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.