Erin-Farris Cepatkan Tarikh Nikah

Petaling Jaya – Bukan saja penyanyi Farhan Azizan memilih tarikh 10 Oktober untuk melangsungkan pernikahan, pelakon Erin Malek juga akan diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya, Farris Fauzy pada tarikh sama.

Majlis pernikahan mereka akan diadakan pada sebelah malam di kediaman keluarga Erin di Ampang.

Ia lokasi sama di mana majlis pertunangan mereka diadakan sebelum ini.

Ini akan disusuli keesokan harinya majlis resepsi akan diadakan di sebuah hotel di ibu kota.

Majlis bertandang sebelah keluarga Farriz pula pada 24 Oktober ini.

Asalnya pasangan ini merancang untuk bernikah pada 10 Januari tahun depan yakni genap setahun mereka berkenalan.

“Tapi, selepas berbincang balik kami sepakat untuk mempercepatkan majlis kepada tarikh sekarang. Lagipun benda baik tak wajar ditangguhkan.

“Nak dijadikan cerita, tarikh 10 Oktober 2014 (10.10.2014) ini nombornya nampak cantik dan senang nak ingat,” katanya.

Menurut Erin, beliau dan bakal suami merancang untuk berbulan madu di Los Angeles.

“Selesai majlis resepsi sebelah keluarga lelaki, Insya-Allah kami akan ke sana (Amerika Syarikat),” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.