Ebola : Mangsa Pertama Jangkitan Di Amerika Syarikat Meninggal

Washington – Mangsa pertama dijangkiti Ebola di Amerika Syarikat meninggal dunia semalam dengan kerajaan mengumumkan langkah lebih ketat menangani merebaknya wabak membawa maut itu diperluaskan meliputi pemeriksaan di semua lapangan terbang.

Pemeriksaan terhadap penumpang itu termasuk mengambil bacaan suhu badan pengunjung dari Afrika Barat yang meliputi lima lapangan terbang utama di Amerika.

Saringan kesihatan terbaharu itu akan bermula Sabtu ini di Lapangan Terbang Antarabangsa JFK New York dan disusuli Washington Dulles serta lapangan terbang antarabangsa di Atlanta, Chicago dan Newark.

Dianggarkan purata lebih 150 pengunjung akan diperiksa menggunakan alat bacaan suhu berteknilogi tinggi yang tidak perlu dilekapkan di kulit badan.

Mangsa pertama dijangkiti Ebola di Amerika Syarikat meninggal dunia semalam dengan kerajaan mengumumkan langkah lebih ketat menangani merebaknya wabak membawa maut itu diperluaskan meliputi pemeriksaan di semua lapangan terbang.

Pemeriksaan terhadap penumpang itu termasuk mengambil bacaan suhu badan pengunjung dari Afrika Barat yang meliputi lima lapangan terbang utama di Amerika.

Saringan kesihatan terbaharu itu akan bermula Sabtu ini di Lapangan Terbang Antarabangsa JFK New York dan disusuli Washington Dulles serta lapangan terbang antarabangsa di Atlanta, Chicago dan Newark.

Dianggarkan purata lebih 150 pengunjung akan diperiksa menggunakan alat bacaan suhu berteknilogi tinggi yang tidak perlu dilekapkan di kulit badan.

Rumah Putih berkata, pemeriksaan itu juga menjangkau lebih sembilan hingga 10 pengunjung yang memasuki Amerika dari negara yang teruk dilanda Ebola iaitu Liberia, Sierra Leone dan Guinea.

Presiden Barack Obama meminta langkah kawalan lebih ketat itu amat diperlukan untuk menambahkan lagi aspek perlindungan yang sedang dikuatkuasakan bagi mengawal Ebola daripada merebak.

Pengawal sempadan juga diminta memantau dan memeriksa rapi kemasukan mereka yang sakit dan segera melaporkannya kepada Pusat Kawalan Penyakit.

Sekiranya pemeriksaan deman biasa yang dilakukan di pintu masuk mungkin boleh mengenal pasti keadaan Thomas Eric Duncan, seorang lelaki Liberia yang mati akibat Ebola di Hospital Dallas, awal pagi semalam.

Duncan masih tidak menunjukkan simpton menghidap Ebola ketika dia tiba di Amerika.

Bagaimanapun, rawatan yang lewat terhadap Duncan serta jangkitan yang didapati seorang jururawat yang merawat pesakit Ebola di Spain, kini meningkatkan lagi kebimbangan dalam kalangan negara Barat kemampuan mereka untuk menyekat penyakit ini yang sudah mengorbankan 3,800 orang di Afrika Barat. –

Rumah Putih berkata, pemeriksaan itu juga menjangkau lebih sembilan hingga 10 pengunjung yang memasuki Amerika dari negara yang teruk dilanda Ebola iaitu Liberia, Sierra Leone dan Guinea.

Presiden Barack Obama meminta langkah kawalan lebih ketat itu amat diperlukan untuk menambahkan lagi aspek perlindungan yang sedang dikuatkuasakan bagi mengawal Ebola daripada merebak.

Pengawal sempadan juga diminta memantau dan memeriksa rapi kemasukan mereka yang sakit dan segera melaporkannya kepada Pusat Kawalan Penyakit.

Sekiranya pemeriksaan deman biasa yang dilakukan di pintu masuk mungkin boleh mengenal pasti keadaan Thomas Eric Duncan, seorang lelaki Liberia yang mati akibat Ebola di Hospital Dallas, awal pagi semalam.

Duncan masih tidak menunjukkan simpton menghidap Ebola ketika dia tiba di Amerika.

Bagaimanapun, rawatan yang lewat terhadap Duncan serta jangkitan yang didapati seorang jururawat yang merawat pesakit Ebola di Spain, kini meningkatkan lagi kebimbangan dalam kalangan negara Barat kemampuan mereka untuk menyekat penyakit ini yang sudah mengorbankan 3,800 orang di Afrika Barat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.