Ulang tahun 143 tahun pembentukan Sabah dirai 1 Nov ini – Salleh Keruak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bumis Sabah Bersatu (USBO) akan meraikan Hari Pembentukan Sabah 1 November ini sempena 143 tahun penubuhan rasmi negeri itu pada tarikh sama 1881.

Presiden USBO, Datuk Seri Salleh Said Keruak, berkata tarikh itu melambangkan asas pentadbiran moden Sabah yang bermula dengan penubuhan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British.

Kata Salleh, Hari Pembentukan Sabah adalah peluang untuk rakyat negeri itu menghargai sejarah bersama sambil menantikan masa depan yang cerah untuk semua rakyat Sabah.

“Pertubuhan Bumis Bersatu Sabah (USBO) telah mengumumkan rancangan untuk meraikan Hari Pembentukan Sabah pada 1 November 2024, menandakan 143 tahun sejak penubuhan rasmi Sabah pada 1 November 1881.

“Tarikh penting ini melambangkan asas kepada pentadbiran moden Sabah, bermula dengan penubuhan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British.

“Acara ini akan memaparkan sejarah, warisan budaya, dan pembangunan Sabah yang kaya. Acara ini akan menampilkan persembahan budaya, pameran, serta aktiviti libat urus komuniti yang mengetengahkan perpaduan dan kemajuan Sabah sepanjang 143 tahun yang lalu,” kata Salleh dalam kenyataan.

Menurut beliau, selain meraikan warisan budaya yang pelbagai, acara ini juga akan mengiktiraf sumbangan komuniti Bumiputera Islam di Sabah, termasuk Bajau, Ubian, Melayu, Iranun, dan Suluk, antara lain, terhadap evolusi sejarah dan budaya Sabah, dengan tumpuan yang lebih luas pada perpaduan dan inklusiviti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat