Patahkan tuntutan Sulu, Azalina ‘unsung hero’ – Gulam Muszaffar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said disifatkan sebagai unsung hero atas kemenangan penting kepada negara.

Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata demikian susulan keputusan muktamad Mahkamah Agung Belanda yang menolak rayuan difailkan pihak Sulu sebagai berita baik untuk Malaysia.

“Tiga hari lepas Alhamdullilah Malaysia sebenarnya telah menerima satu perkhabaran yang amat penting dan begitu membanggakan dari kamar International Court of Justice (ICJ) di Hague Belanda berhubung keputusan tuntutan kumpulan Sulu terhadap Sabah dengan jumlah pampasan lebih dari RM60 bilion.

“Malaysia telah mendapat pengiktirafan akhir yang mengesahkan kumpulan Sulu tidak mempunyai sebarang hak terhadap Sabah dan tuntutan mereka tidak sah.

“Di sebalik kejayaan ini ada seorang sosok badan yang tidak pernah didendang (unsung hero) iaitu Azalina Ketua Penerangan yang juga Menteri Undang-Undang Dan Reformasi Institusi yang telah menyelamatkan tanah berdaulat Sabah dan wang rakyat berjumlah puluhan billion,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kata Gulam Muszaffar, negara hampir kehilangan aset penting seperti Petronas ke atas tuntutan ini yang ketika zaman Perdana Menteri ketujuh dan kelapan tidak bersungguh-sungguh untuk mempertahankan wilayah-wilayah Sabah.

Katanya ia sama seperti mana negara terlepas Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

“Dalam Umno sendiri, ada yang sinikal dengan tugasan Azalina selalu Ketua Penerangan Umno itu sendiri dan ada sampai mencadangkan supaya ditukar kepada orang lain tetapi maaf kata mereka tidak memandang sudut tugasan dan pencapaian Azalina di pihak kerajaan.

“Ada sesuatu yang saya belajar daripada karektor Azalina ini ialah bila mana ada satu pepatah Inggeris berbunyi ‘keep your work in silence and let your success make noise’. Terbukti dan terdiam buat ‘hater’ beliau,” katanya.

Terdahulu Azalina menerusi akaun X berkata, keputusan Mahkamah Agung Belanda iaitu suatu yang muktamad dan sahih, menamatkan percubaan pihak menuntut untuk menguatkuasakan tuntutan mereka yang tidak sah terhadap Malaysia di Belanda.

“Keputusan Mahkamah Agung ini mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan Hague pada 27 Jun 2023, yang mengekalkan cabaran Malaysia terhadap permohonan pihak menuntut di Belanda untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan Final Award yang dibuat oleh Dr Gonzalo Stampa di Paris pada 28 Februari 2022,” kata Azalina.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat