Pemergian Ratu Elizabeth II ditangisi selebriti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Berita kemangkatan pemerintah paling lama bertakhta di Great Britain, Ratu Elizabeth II, tengah hari semalam (waktu tempatan) diratapi selebriti dari seluruh pelusuk dunia.

Meninjau hantaran melintasi garis masa media sosial, rata-rata mengutuskan ucapan takziah, sambil menzahirkan perasaan sedih atas pemergian mendiang.

Penyanyi terkemuka, Sir Elton John yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan keluarga diraja dilihat begitu emosi apabila mengenang semula jasa dan sumbangan ratu menerusi akaun media sosialnya.

“Saya teramat sangat sedih atas pemergian Ratu Elizabeth bersama dengan rakyat seluruh negara.

“Beliau banyak memberi inspirasi kepada mereka yang berada dekat dengannya dan memimpin negara dalam menempuh beberapa detik terhebat dan momen gelap dengan penuh rahmat, kesopanan serta penuh kasih sayang.

“Mendiang juga sebahagian besar dalam kehidupan saya sejak zaman kanak-kanak sehingga hari ini. Dan, saya akan merinduinya,” tulis penyanyi yang popular dengan lagu Sacrifice ini.

 

Ratu Elizabeth II banyak memberi inspirasi kepada mereka yang dekat dengannya dan sangat tabah ketika memerintah negara. - Foto AGENSI
Ratu Elizabeth II banyak memberi inspirasi kepada mereka yang dekat dengannya dan sangat tabah ketika memerintah negara. – Foto AGENSI

 

Menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram (IG), anggota kumpulan Rolling Stone, Sir Mick Jagger turut mengimbau semula memori pernah dilalui bersama mendiang ketika zaman kanak-kanak.

“Sepanjang kehidupan saya, Ratu Elizabeth II sentiasa ada. Ketika zaman kanak-kanak, saya masih ingat momen menonton liputan majlis perkahwinannya di kaca televisyen.

“Saya sentiasa mengenangnya sebagai wanita muda yang cantik dan nenek disayangi oleh seluruh negara. Simpati saya buat keluarga diraja,” tulisnya.

Turut berkongsi kesedihan pemergian mendiang adalah anggota kumpulan Spice Girl, Victoria Beckham.

Memuatkan hantaran memaparkan foto baginda ketika muda turut menyifatkan mendiang sebagai seorang yang sangat tabah ketika memerintah.

“Hari ini adalah hari penuh duka, bukan sahaja untuk negara, tetapi seluruh dunia. Saya amat bersedih dengan kemangkatan baginda ratu.

“Mendiang akan dikenang sebagai seorang yang sangat teguh kesetiaan dan khidmat diberikan.

“Setulus ingatan dari saya buat keluarga diraja pada saat yang cukup sukar ini,” tulis isteri kepada pemain bola sepak, David Beckham ini.

 

Barbara Streisand menzahirkan kesedihan atas pemergian wanita hebat yang sangat dihormati seluruh dunia. - Foto AGENSI
Barbara Streisand menzahirkan kesedihan atas pemergian wanita hebat yang sangat dihormati seluruh dunia. – Foto AGENSI

 

Sementara itu, penyanyi Barbara Streisand turut menzahirkan kesedihan atas pemergian wanita hebat itu.

“Sedih mendapat berita pemergian baginda ratu. Seorang sangat dihormati seluruh dunia. Semoga tenang di sana,” tulis Streisand.

Terdahulu, Istana Buckingham dalam satu kenyataan ringkas, memaklumkan kemangkatan baginda dan bermulanya tempoh berkabung selama 10 hari ketika seluruh dunia mengucapkan takziah dan mengimbau semula zaman kegemilangan pemerintahan baginda.

Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun selepas dilaporkan menghidap ‘episodic mobility problems’, sejak hujung tahun lalu. Beliau mangkat dalam keadaan tenang di Istana Balmoral, Scotland, semalam selepas 70 tahun bertakhta.

Berita Harian

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat