Liga Perdana Inggeris Ditangguhkan Berikutan Kemangkatan Ratu Elizabeth II

- Advertisement -

LONDON – Liga Perdana dan Liga Bola Sepak Inggeris telah menangguhkan pusingan perlawanan hujung minggu ini berikutan kemangkatan Ratu Elizabeth II pada Khamis.

Dalam satu kenyataan, Liga Perdana berkata, ia sebagai menghargai sumbangan baginda yang luar biasa kepada negara.

“Sebagai penghormatan terhadap hidup dan sumbangannya yang luar biasa kepada negara, pusingan perlawanan Liga Perdana hujung minggu ini akan ditangguhkan,” kenyataan itu menyebut.

“Kami ingin memberi penghormatan terhadap perkhidmatan baginda yang tidak berbelah bahagi kepada negara.

“Sebagai raja yang paling lama berkhidmat, baginda telah menjadi inspirasi dan meninggalkan legasi yang luar biasa.

“Ini adalah masa yang sangat menyedihkan bukan sahaja untuk negara tetapi juga jutaan yang lain di seluruh dunia yang mengaguminya, dan kami berkongsi kesedihan dengan semua yang berkabung atas pemergiannya,” kata Ketua Eksekutif Liga Perdana, Richard Masters.

Butiran mengenai jadual perlawanan yang disusun semula akan diumumkan dalam masa terdekat.

Perlawanan bukan liga dan peringkat akar umbi juga telah dibatalkan.

Awal hari ini media melaporkan, Ratu Elizabeth II, pemerintah paling lama dalam sejarah dunia moden, menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Khamis (waktu tempatan).

Baginda mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland, kata kenyataan Istana Buckingham.

Serentak pengumuman itu, bendera di United Kingdom (UK) dikibarkan separuh tiang, sementara semua jadual siaran televisyen dan radio dikemas kini, bagi menghormati kemangkatan baginda. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat