Berani cuba perkara baharu

- Advertisement -

Pada situasi wabak yang berpanjangan ketika ini, mengatur strategi penting dalam membuat sesuatu perancangan untuk masa depan.

Umpamanya, jika pintu rezeki sedia ada tertutup kena berani cuba perkara baharu.

Sama ada berjaya atau sebaliknya, tidak perlu terlalu difikirkan kerana paling utama perlu berusaha dulu. Itu yang giat dilakukan pelakon dikenali, Muaz Fitri.

Pemuda berusia 30 tahun ini memilih untuk menceburi bidang perniagaan dengan menjual pakaian kurta dan produk minyak angin bagi menampung perbelanjaan kehidupannya kerana aktiviti penggambaran tidak dibenarkan sebelum ini.

“Perniagaan yang saya usahakan ini secara kecil-kecilan dan masih baharu. Boleh dikatakan dalam kategori hijau di pasaran, tapi alhamdulillah sambutannya tetap ada kerana penjualan secara dalam talian.

“Walaupun sambutan agak perlahan, namun kuasa beli dan permintaan pengguna itu masih ada. Untuk saya, syukur alhamdulillah kerana hasilnya tetap ada juga.

“Paling utama saya tidak berasa begitu terjejas pendapatan akibat pandemik ini. Biarpun sudah lebih tiga bulan tidak berlakon, rezeki dalam perniagaan masih ada untuk kelangsungan hidup,” katanya.

Pemilik nama sebenar Muaz Aidil Fitri Maslan ini berkata, dia juga merancang dalam perbelanjaan bulanannya.

Kata pelakon yang meledak dengan watak Hakim dalam drama Takdir Yang Tertulis di TV3 ini, dia hanya membeli barangan yang perlu.

“Dalam perbelanjaan, saya sudah terbiasa berhemah. Untuk itu, wang yang ada cuba digunakan dengan cermat. Bahkan, saya lebih beri keutamaan pada perbelanjaan perniagaan.

“Selain itu, saya juga ada merancang masa depan iaitu mendirikan rumah tangga dan berkeluarga. Justeru, semestinya saya kena ada simpanan untuk kecemasan,” katanya.

Muaz yang mempunyai beberapa projek drama tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkata, dia tidak sabar untuk memulakan aktiviti penggambaran.

Katanya, rindu untuk kembali bekerja di lokasi sangat menebal. Dia juga sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 pada Julai lalu.

Katanya, dia kini hanya perlu peka dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Muaz yang makin aktif membina kerjaya lakonannya pernah membintangi drama seperti Misiku Kuza, Baby Ana Milik Siapa, Dosa Semalam, Pesan Dari Hati, Cari Aku Di Syurga dan Scammer.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat