‘Ahmad Maslan Mampu Kawal Keadaan Jika Dilantik Timbalan Speaker’ Kata Tajuddin Rahman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Percalonan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad b Maslan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat sangat bertepatan dan mampu mengawal keadaan.

Memetik laporan Utusan, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman berkata, Ahmad mampu membantu melancarkan perjalanan urusan Dewan Rakyat jika beliau dilantik.

“Jika Ahmad yang dilantik untuk mengisi kedudukan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, saya yakin dia mampu lakukan. Sebab dia seorang yang aktif dalam Parlimen, karakter pun agak berani, dia boleh mengawal keadaan, jadi kita nak orang yang seperti ini dalam Parlimen.

“Kalau nak cakap dia ‘kluster mahkamah’, ia tidak adil untuk beliau sebab Ahmad Maslan belum dijatuhkan hukuman bersalah. Aniaya lah kawan itu jika tidak diberi peluang untuk berkhidmat hanya kerana dicop sebagai ‘kluster mahkamah’,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, terdapat dakwaan yang menyatakan Ahmad akan dipilih menjadi Timbalan Yang Dipertua baharu bagi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani berkata, untuk memegang jawatan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat haruslah mereka yang mempunyai kekuatan untuk mengawal keadaan serta tidak berat sebelah.

“Kita kena cari orang yang betul-betul ada kekuatan, terang-terang nampak kebodohan pun tidak boleh juga. Setakat ini Ahmad tidak pernah diuji. Kalau saya yang jadi Timbalannya, senang saya nak cerita,” katanya lagi.

Pemilihan Timbalan Yang Dipertua menjadi sebahagian daripada usul dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat apabila Parlimen mula bersidang 13 September ini.

Ia susulan Azalina meletak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan menjelaskan keputusan itu selaras dengan pelantikan Perdana Menteri baharu dan permintaan rakyat bagi memastikan kerjasama pelbagai pihak.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat