KPN Nafikan Dakwaan Asri Janggut

Kerjasama PAS, UMNO Kukuh, Anwar Kena Sindrom Bulan September – Tuan Ibrahim

BANGI - Hubungan parti dalam Muafakat Nasional (MN) yang diterajui Umno dan PAS, termasuk anggota terbaru PPBM tidak akan terjejas susulan kenyataan Presiden Umno...

Warga Emas Pandu Teksi Cuba Seludup Pendatang Asing

KOTA TINGGI - Cubaan warga emas berusia 70 tahun membantu membawa keluar tiga wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) yang baru tiba ke Malaysia...

Saya Tak Terlibat, Anwar Meroyan Tahap Kritikal, Kata MP BN

KUANTAN - ‘Jauh panggang dari api’. Itu penegasan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor selepas namanya turut didakwa terlibat menyokong Presiden PKR, Datuk Seri...

Warisan Janji Beri 5 Ekar Tanah Berita Palsu

KOTA KINABALU: Pejabat Ketua Menteri menafikan mesej tular yang menyatakan Warisan akan memberi lima ekar tanah kepada setiap keluarga, jika parti itu menang Pilihan...

Sokong Anwar, Hamzah Agak Ahmad Zahid Ditekan

KOTA KINABALU- Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin beranggapan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkenaan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ditekan...

KUALA LUMPUR: Tiada elemen rasuah dalam kalangan anggota dan pegawai polis berkaitan sindiket perjudian dan penyeludupan rokok di daerah Sungai Buloh, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Bagaimanapun setelah meneliti laporan khas Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman yang diserahkan kepadanya, Abdul Hamid berkata terdapat beberapa kelemahan dan mengakui ada ruang untuk penambahbaikan.

“Saya telah meneliti laporan berkenaan dan mendapati berberapa perkara yang dibangkitkan dalam video pendedahan Asri Janggut yang tular di media sosial, adalah kurang tepat.

“Ini kerana pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh tidak menerima sebarang ganjaran atau rasuah bagi banteras kes judi di daerah itu,” katanya pada sidang media selepas majlis serah terima tugas jawatan empat pengarah jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) di Maktab PDRM Cheras, di sini hari ini.

Selain itu, Abdul Hamid berkata dalam laporan JIPS itu juga menyatakan, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar memiliki rekod baik dan bertanggungjawab menangani isu berkenaan di daerah terlibat.

“Daripada segi penguatkuasaan usaha membanteras kegiatan judi yang dilakukan oleh IPD berkenaan memang dijalankan dengan giatnya.

“Siasatan JIPS secara menyeluruh dan saya melihat daripada latar belakang kekayaan yang dimiliki pegawai dan anggota polis di daerah itu, tidak ada yang luar biasa yang menunjukkan mereka ini menerima rasuah,” katanya.

Abdul Hamid berkata, adalah tidak benar sama sekali jika dikatakan seluruh warga IPD Sungai Buloh terlibat rasuah dan sebagainya.

“Saya masih menaruh keyakinan terhadap mereka (warga IPD Sungai Buloh) dan saya hendak memulihkan semangat mereka selepas dikecam di media sosial. Mereka ini bekerja dengan ikhlas dan jujur,” katanya.

Semalam, Bernama melaporkan JIPS telah menyerahkan laporan khas mengenai IPD Sungai Buloh berhubung kes perjudian di daerah itu, yang merangkumi hasil siasatan pasukan khas selama 10 hari dan aset yang dimiliki pegawai dan anggota IPD Sungai Buloh.

Pada Ogos, tular video di media sosial menerusi Facebook Hot Burger Malaysia yang dikongsikan pemilik akaun Facebook Asri Janggut, membangkitkan isu kegiatan perjudian di beberapa unit kedai dan penjualan rokok seludup berleluasa di Sungai Buloh.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Warisan Janji Beri 5 Ekar Tanah Berita Palsu

KOTA KINABALU: Pejabat Ketua Menteri menafikan mesej tular yang menyatakan Warisan akan memberi lima ekar tanah kepada setiap keluarga, jika parti itu menang Pilihan...

Analisis #PRNSabah: Kemungkinan Tiada Parti Mendapat Majoriti

KEMPEN PILIHAN RAYA NEGERI SABAH telah sampai ke kemuncaknya dengan calon-calon bertanding perlu menamatkan kempen mereka sebelum jam 12 tengah malam 25 September 2020. Esok,...

Perjanjian Malaysia: Najib Dakwa Shafie “Membuyuk”

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak seperti dipetik dari akaun Facebooknya mendakwa, video penuh emosi yang disebarkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie...