Ulang Tahun Kedua PPBM Kurang Menyengat Banding Sebelumnya

SHAH ALAM –  Jika tahun lepas lebih 10,000 ahli menghadiri Sambutan Ulang Tahun Pertama Bersatu di Johor, nampaknya jumlah kehadiran berkurang dalam ulang tahun kedua di Stadium Malawati, Shah Alam.

Lautan merah membanjiri stadium tersebut namun berdasarkan pemerhatian, masih terdapat kekosongan di tempat duduk bahagian atas.

Meskipun jumlah mungkin berkurang namun sambutannya tetap meriah dengan laungan ‘Hidup Tun’ acap kali menggegarkan stadium.

Suasana semakin meriah apabila kontinjen yang terdiri daripada ahli di seluruh negara masuk ke dalam stadium.

Sorakan paling kuat diterima kontinjen Bersatu dari Johor dan Perak di mana kontinjen Perak diketuai sendiri Menteri Besarnya, Ahmad Faizal Azumu.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian juga mendapati masih terdapat ramai ahli dan penyokong berada di luar stadium dan itu mungkin punca jumlah di dalam stadium tidak penuh. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.