Polis Tahan Dua Anak Tiri CEO Cradle

PETALING JAYA – Polis menahan dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan, yang maut dalam kebakaran pada Jun lalu, pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

“Kita tahan dua remaja lelaki, berusia 16 dan 14 tahun petang semalam.

“Mereka ditahan di Taman Tun Dr Ismail kira-kira 4 petang.

“Permohonan reman ke atas keduanya akan dibuat pagi ini di Mahkamah Majistret Petaling Jaya,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro pada Ahad.

Pada 4 September lalu, polis menahan balu Nazrin dan bekas suaminya, kedua-duanya berusia 43 tahun bagi membantu siasatan kes itu sebelum mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Tiga hari kemudian, polis membebaskan bekas suaminya.

Dalam tragedi 14 Jun lalu, Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, di Petaling Jaya.

Pada 3 Ogos lalu, Fadzil mengklasifikasikan kes kematian Nazrin sebagai kes bunuh selepas siasatan bomba menemui kesan petrol di lokasi kebakaran. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.