Peratus pengundi rendah tanda rakyat protes

KUALA LUMPUR – PAS menghormati keputusan dibuat rakyat di Dun Seri Setia dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung semalam namun katanya peratusan pengundi yang keluar merupakan isyarat awal perubahan rakyat terhadap perjuangan parti Islam itu.

“PRK Seri Setia menunjukkan isyarat awal perubahan sokongan rakyat terhadap perjuangan PAS. Peratusan keluar mengundi yang rendah juga merupakan petanda undi protes terhadap kerajaan PH,” katanya dalam satu kenyataan.

Calon PH, Halimey Abu Bakar memenangi kerusi Dun Seri Setia memperoleh 13, 725 undi menewaskan calon PAS, Dr Halimah Ali yang mendapat 9,698 undi.

Manakala jumlan pengundi keluar adalah 44 peratus.

Dalam pada itu, menurut Abdul Hadi, PAS komited untuk terus memperjuangkan nasib rakyat.

“Kita juga bersedia menjadi pembangkang yang menasihat dan bekerjasama dengan mana-mana pihak demi mewujudkan keamanan dan kesejahteraan negara.

“Setinggi penghargaan diucapkan kepada para petugas PAS, rakan-rakan pembangkang dari Umno dan MIC, juga pasukan keselamatan dan pengamal media serta semua pihak yang memberikan sokongan dan kerjasama dengan baik,” katanya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.