Pegawai Timb. KDN cabul wanita?

SHAH ALAM – Seorang pekerja sebuah kedai cermin mata di Solaris Dutamas mendakwa dicabul oleh pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman.

Laporan itu dibuat selepas viral satu video yang didakwa pegawai itu merakam video di bawah skirt seorang staf wanita  pada 8 September. 

“Pada jam 11 pagi, ketika saya bertugas di Publika Solaris, semasa saya tengah membuat dan ujian mata terhadap Datuk Azis Jamman telah datang dari arah belakang dan mencurigakan dan saya rasa tidak selesa dengan tindakan lelaki tersebut.

“Semasa saya berpusing menghadap skin sebelah, saya perasan lelaki tersebut memegang telefon bimbit dan sedang merakam.

“Selepas melihat rakaman CCTV, saya dapati lelaki berkenaan sedangkan merakam di bawah skirt saya,” menurut laporan polis.

Video 37 saat tersebut terdahulu tular di media sosial memaparkan  Azis dan pegawainya hadir di kedai cermin mata itu bagi menjalani ujian mata.

Dalam rakaman itu, pegawai l yang memakai baju berwarna hijau bertindak mengeluarkan telefon pintarnya dan merakam video  bawah skirt seorang staf wanita berkenaan.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.