Lelaki Rentung MPV Terbakar

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rentung apabila kenderaan dipandunya terbakar selepas terbabas di Lebuhraya Sultan Iskandar dari arah Sentul menghala ke Seremban berhampiran Bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang tidak dapat dikenal pasti identitinya, ditemui dalam keadaan rentung di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.54 pagi tadi.

“Seramai sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati MPV itu sedang terbakar dan mengambil masa beberapa minit untuk memadamkan kebakaran,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Khirudin berkata, mangsa ditemui dalam keadaan rentung hampir keseluruhan badan.

“Kami mengambil masa beberapa minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dari bawah kenderaan itu.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.