Bajet 2019, Bajet Korban

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada 2 November ini bakal berbentuk bajet yang sangat berhemah.

Jelasnya, bentuk bajet 2019 direncana berhemah kerana keadaan ekonomi negara yang tidak berapa memberangsangkan sekarang.

Oleh itu katanya, pengorbanan daripada semua pihak dituntut untuk menerima seadanya bajet berkenaan.

“Bajet mesti cermat kita tak boleh belanja lebih daripada pendapatan kita, kita tahu untuk diri kita pun kalau kita belanja lebih kita terikat dengan hutang dan sebagainya… jadi kita tak bolehlah nak layan sebahagian macam-macam  permintaan.

“Dan kita terpaksa terima kita kena berkorban kalau negara lain korban  macam di negara Greece lebih teruk lagi tapi kalau kita tak sanggup terima keperluan berkorban kita tak boleh pulih negara kita,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian dan Malaysiakini di Yayasan Kepimpinan Perdana baru-baru ini.

Justeru menyimpulkan bajet 2019, Dr Mahathir berkata, “Bajet yang kena korban… dan semua orang kena korban.”

Kerajaan sebelum ini  mengalu-alukan pandangan rakyat Malaysia bagi proses penyediaan Belanjawan 2019 yang akan dibentang pada bulan November nanti.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, cadangan itu boleh disalurkan ke laman sesawang belanjawan2019.treasury.gov.my

Laman ini akan mula beroperasi dari 28 Ogos sehingga 30 September 2018.

Rakyat juga boleh berkongsi idea dengan Kerajaan Persekutuan di Facebook, Instagram dan Twitter dengan menggunakan tanda pagar #belanjawan2019.

Kementerian Kewangan juga sedang memperhebatkan perbicangan dengan pelbagai pihak berkaitan bagi mendapatkan input dalam menyediakan Belanjawan 2019. – MSTAR ONLINE

One thought on “Bajet 2019, Bajet Korban

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.