Adira timang anak lelaki

SHAH ALAM – Penyanyi Adira Suhaimi selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh, Selangor pada pukul 10.21 pagi tadi. 

Adira menerusi akaun Instagramnya berkongsi berita gembira itu menerusi foto yang dikongsikannya. 

Anak keduanya itu adalah  bayi lelaki seberat 3.8 kilogram. 

“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

Adira, 26, berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali Datuk Red sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Pasangan ini menimang cahaya mata pertama diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017.

Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali Datin Red mempunyai empat cahaya mata.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.