Wajah Tampan Rupanya Badut Puaka

Filem IT adaptasi daripada penulis novel terkenal prolifik, Stephen King yang mula ditayangkan sejak 8 September lalu pasti telah menambah fobia anda pada badut.

Ia mungkin menjadi satu mesej daripada garapan Stephen King melalui novelnya pada lewat tahun 1986.

Laporan MH menyebutkan, filem arahan Andrés Muschietti ini bermula apabila seorang demi seorang kanak-kanak yang tinggal di sebuah kawasan perumahan dalam pekan kecil daerah Darren, Maine hilang tanpa jejak.

27 tahun selepas itu, tujuh orang kanak-kanak yang menamakan kumpulan mereka sebagai The Losers Club cuba untuk mencabar diri dengan melakukan sesuatu di luar jangkaan dan berlakulah perkara yang tidak diiingini.

Karakter ikonik badut filem pertamanya tahun 1990 dilakonkan oleh Tim Curry kini digantikan dengan Bill Skarsgard.

Penampilan Bill kali ini, versi moden juga terlihat lebih mengerikan dengan raut yang tegas dan garis merah melintasi bahagian mata

Bill Skarsgard merupakan lelaki di sebalik badut yang mengerikan yang bernama Pennywise.

Watak menakutkan itu memerlukan 6 jam untuk dimekapkan menjadi badut.

Selain itu, Bill juga merupakan adik kepada pelakon dan model Alexander Skarsgard yang pernah membintangi True Blood dan Vikings.

Wajah unik Bill juga menjadikannya banyak membintangi filem seram di Hollywood.

Dia yang juga peminat genre seram seram turut mejayakan bersiri Hemlock Grove selama tiga musim.

Pemuda berusia 27 tahun ini juga turut menghiasi jenama terkenal seperti H&M.

Dalam masa masa, Bill juga kerap memuatnaik momen kehidupan dirinya di Instagram/
Kebanyakkan gambar yang dimuatnaik pastinya terlihat pesonanya sebagai lelaki yang tampan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.