Texas Diserang Jutaan Nyamuk Selepas Taufan Harvey

TEXAS, Amerika Syarikat – Bandar Texas kini diserang berjuta-juta ekor nyamuk selepas dilanda Taufan Harvey yang telah menyebabkan banjir selain meragut nyawa sekurang-kurangnya 60 orang.

Menurut Agensi, bencana itu mengakibatkan penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan dan turut memusnahkan sebahagian besar bandar berkenaan, lapor Kosmo.

Bandar itu yang masih digenangi air menjadi punca utama kepada pembiakan nyamuk secara besar-besaran di bandar Refugio dekat sini sejak beberapa hari lalu.

Seorang penduduk, Tyler Bennett merakam satu klip video yang menunjukkan salah seorang pekerjanya yang memakai topi dan baju lengan panjang dihurungi beratus-ratus ekor nyamuk.

“Saya buat pertama kali melihat fenomena luar biasa ini,” kata Bennett.

Dalam perkembangan sama, Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan di bandar Texas berkata, pembiakan nyamuk berlaku secara mendadak akibat banjir terburuk itu.

Penyakit bawaan nyamuk mampu menyebarkan penyakit bahaya termasuk virus seperti Zika dan West Nile yang pernah menyerang bandar Texas sejak tahun 2002.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.