Putera George Mula Bersekolah, Comel Pakai Baju Seragam

Anak sulung kepada Putera William dan Kate Middleton, Putera George telah memulakan hari pertama persekolahannya, kelmarin, lapor Dailymail.
 
Bagaimanapun kehadiran Putera George tidak diiringi ibunya, kerana Kate didakwa mengalami mabuk kehamilan yang teruk, petik Gempak.
 
George ditemani Putera William di Sekolah Thomas Battersea, selatan London.
 
Putera berusia 4 tahun itu dilihat sunggu comel menyarungkan pakaian seragam sekolah dengan seluar pendek serta kasut hitam.
 
Menariknya, putera kesayangan pasangan diraja William dan Kate itu merupakan pelajar termuda dalam kelasnya.
 
Antara subjek yang akan dipelajari termasuklah balet, lukisan, drama, bahasa Perancis dan muzik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.