McDonald’s Korea Rasa Kesal Dengan Dakwaan Pelanggan Tentang Kandungan Burger Mereka

SEOUL – Ketua syarikat makanan segera, McDonald’s Korea, Joh Ju-yeon melahirkan rasa kesal berikutan dakwaan sesetengah pelanggan yang mengatakan kandungan burger yang kurang masak menyebabkan mereka menghadapi masalah kesihatan.

Ju-yeon dalam satu kenyataan dikeluarkan berkata, dia menyatakan kekesalan berhubung perkara berkenaan.

Ini adalah kali pertama McDonald’s Korea mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.

Julai lalu, seorang wanita membuat aduan kepada pejabat pendakwa raya Seoul terhadap McDonald’s Korea dan mendakwa anak perempuannya berusia 5 tahun menghadapi masalah buah pinggang kekal selepas makan burger Happy Meal. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.