Ibu Komen Rambut Kuning Terang Aisyaah Aziz

Nampaknya Aisyaah Aziz kini tampil lain dengan rambut yang berwarna kuning terang persis Hayley Wiliams.

Penyanyi kelahiran Singapura ini turut memuat naik beberapa gambar penampilannnya yang baru dengan kapsyen new hair who dis #budakyellow.

Apa yang menariknya, gambar terbaru itu turut menatik perhatian ibu kepada Aisyaah , iaitu Fiza Aziz yang turut meninggalkan komen pada entri tersebut.

“OMG !!! TERKEJUT UMI KAK !! @aisyaah_aziz “

Kenyataan ibu Aisyaah jelas memperlihatkan dia terkejut dengan tindakan Aisyaah yang mewarnakan rambut seterang itu, lapor MH.

Bagaimanapun, Aisyaah yang juga bekas peserta program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) juga sering dilihat mewarnakan rambutnya dengan warna yang unik.

Terdahulu, pelantun Pilihan Sejati ini juga mewarnakan rambut dengan gabungan ungu dan kelabu mengundang reaksi pelbagai pihak dan katanya ia dibuat secara spontan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.