Harga Minyak Dunia Naik Hampir Cecah AS$55 Setong

LONDON – Harga minyak semakin stabil selepas hampir seminggu meningkat dengan ketara selepas Taufan Harvey, ribut yang paling kuat dalam abad ini bertiup ke arah Florida ‘membelah’ Caribbean.

Taufan Irma pula kini melanda Amerika Syarikat dalam masa dua minggu, mengorbankan 14 orang.

Terdahulu, Taufan Harvey telah mengakibatkan satu per empat kilang penapisan minyak di Amerika Syarikat ditutup dan menjejaskan 8 peratus pengeluaran minyak di negara itu.

“Taufan boleh membawa kesan yang berkekalan terhadap permintaan industri dan penapisan ,” kata Eugen Weinberg, ketua penyelidikan komoditi di Commerzbank di Frankfurt.

Tambahnya, kesan daya alam pada pengeluaran minyak Amerika Syarikat tidak boleh dipandang rendah – tidak juga kesannya kepada permintaan.

Harga minyak mentah Brent naik kepada AS$54.65 setong pada 1145GMT semalam, selepas melepasi paras tertinggi sejak April pada AS$54.80.

Minyak Amerika Syarikat pula jatuh sebanyak AS$0.14 kepada AS$48.95 setong.

Brent mendapat sokongan daripada berita Arab Saudi yang akan mengurangkan peruntukan bekalan minyak seluruh dunia pada Oktober ini sebanyak 350,000 setong.

Harga minyak mentah Amerika Syarikat pula menyusut disebabkan penurunan aktiviti penapisan disebabkan Taufan Harvey, yang menyebabkan permintaan bagi minyak hingga penapisan menjunam, kata pedagang.

Taufan Harvey memberi kesan kepada pengeluaran dengan minyak Amerika Syarikat jatuh hampir 8 peratus daripada 9.5 juta tong sehari kepada 8.8 juta tong sehari.

Penurunan dalam aktiviti penapisan dan pengeluaran dijangka sementara. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.