9 Rakyat Malaysia Nyaris Lemas Di Laut Merah

KAHERAH – Tentera Laut Mesir menyelamatkan lapan warga tempatan dan sembilan rakyat Malaysia malam kelmarin selepas bot pelancongan mereka rosak dan hampir karam di Laut Merah akibat cuaca buruk, kata seorang jurucakap tentera Mesir dalam satu kenyataan.

Jurucakap berkenaan, Tamer Al-Refaay berkata, tentera Mesir menerima panggilan kecemasan daripada bot pelancong tersebut sekitar 65 kilometer ke tenggara Pulau Safaga di Mesir dan menyelamatkan seramai 17 warga Mesir serta Malaysia, lapor Bernama.

“Usaha mencari seorang rakyat Mesir yang masih hilang sedang dijalankan,” kata Tamer.

Menurutnya, semua mangsa yang terselamat telah dibawa ke sebuah pangkalan tentera laut Mesir di pantai Laut Merah dan diberikan rawatan perubatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.