2 Minggu, Suku Juta Rohingya Lari Ke Bangladesh

Jumlah pelarian Rohingya yang memasuki Bangladesh dalam tempoh dua minggu ini telah mencecah angka 270,000.

Jurucakap Pesuruhjaya Tinggi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Vivian Tan berkata angka itu melonjak daripada anggaran 164,000 orang pada Khamis.

Katanya mereka telah menemui kumpulan besar baru di kawasan sempadan, lapor Al Jazeera.

 

Seorang pegawai PBB hari ini turut memberitahu AFP bahawa lebih 1,000 orang mungkin sudah dibunuh di Myanmar dan kebanyakannya daripada kumpulan minoriti Rohingya.

“Ini tidak semestinya menggambarkan ketibaan baru dalam 24 jam tetapi kita telah mengenal pasti lebih ramai orang di pelbagai kawasan yang kita tidak sedar sebelum ini,” kata Tan.

Lebih sejuta penduduk Myanmar di Rohinya dinafikan kerakyatan oleh negara majoriti penganut Buddha itu dan dianggap sebagai pendatang haram Bangladesh.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.