Video : CEO Mohon Maaf Penumpang LRT Terpaksa Berjalan Kaki

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, mohon maaf kepada ratusan penumpang terpaksa berjalan kaki di sepanjang landasan kereta api laluan Gombak-Putra Heights selepas LRT yang mereka naiki mengalami kerosakan pada pagi tadi.

 

Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, pihaknya masih lagi menyiasat punca gangguan tersebut, dimana tren tersebut didakwa hilang bekalan kuasa elektrinya sehingga menyebabkan tiada pengudaraan di dalam tren.

 
“Saya bagi pihak Rapid KL memohon maaf kepada semua penumpang dan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan rail kita.  Jadi bagi memastikan keselamatan kepada penumpang kita terpaksa mengosongkan tren tersebut.

 

“Tren tersebut tidak jauh daripada stesen jadi para penumpang menggunakan laluan kecemasan di dalam hujan yang agak renyai pagi tadi.

 

“Tumpuan kita untuk memastikan segala operasi bagi menentukan operasi tren stabil dan juga memastikn semua penumpang yang ada berada dalam keadaan selamat. Gangguan ni susulan daripada gangguan hari rabu lalu dan puncanya berbeza dengan gangguan hari ini,”katanya.

 

Terdahulu, beberapa penumpang sempat menggunakan Twitter bagi menghantar gambar-gambar dan video selepas mereka terkandas antara stesen Dato Keramat dan Damai.

 
Kerosakan tersebut berlaku sekitar jam 10 pagi semasa hujan turun dengan lebat.

 
Imej pada media sosial menunjukkan barisan penumpang berjalan kaki di sepanjang trek untuk singgah di stesen yang terdekat dalam keadaan hujan renyai-renyai.

 
Para penumpang terpaksa berjalan di laluan kecemasan landasan.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.