Pengawal Peribadi Tercantik Dunia

BEIJING – Seorang gadis yang bertugas sebagai pengawal peribadi ketika sidang kemuncak G20 di Hangzhou, China, menjadi perhatian di internet selepas digelar pengawal peribadi ter­cantik dunia.

 
Mail Online melaporkan, ketika pemimpin dunia berhimpun di negara ini bagi membincangkan beberapa isu penting, pengguna laman sosial lebih tertarik dengan gadis berkenaan.
Shu Xin, 25, yang 
be­rasal dari bandar 
Gui­yang di selatan China adalah anggota Tentera Pembebasan Rak­yat China (PLA).
Bagaimanapun, tiada maklumat lain berkenaan dirinya didedahkan.

 
Xin mula menjadi perhatian umum apabila gambarnya sedang bertugas di sidang kemuncak itu disiarkan agensi berita Xinhua dalam artikel bertajuk Siapa pengawal peribadi terkuat untuk pemimpin di G20.

 
Dalam gambar berkenaan, dia mengawal kereta yang digunakan oleh Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi.

 
Pada 2013, Xin pernah dinamakan sebagai 10 gadis tercantik PLA dan dikatakan meminati nyanyian serta tarian sehingga pernah mendapat tempat kedua dalam pertandingan menyanyi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.