Orang Luar Tidak Perlu Campur Tangan Urusan Dalaman

BANGKOK  – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan peringatan tegas kepada ‘orang luar’ dan sekutu politik mereka di Malaysia supaya tidak campur tangan dalam proses demokrasi negara.

 

Menyuarakan pandangannya yang lantang dalam ruangan akhbar utama bahasa Inggeris Thailand, Bangkok Post, bertajuk ‘Building on Thai-Malaysian links’ (membina hubungan Thai-Malaysia) beliau menekankan kepada hakikat bahawa kerajaan Malaysia adalah pilihan rakyat.

 

“Rakyat Thailand baru-baru ini mengundi bagi satu perlembagaan baharu. Itu hak mereka, dan orang luar tidak harus mengatakan sebaliknya.”

 

“Begitu juga dengan kerajaan Malaysia yang dipilih rakyat dan orang luar serta sekutu politik mereka di Malaysia tidak boleh cuba menggugat proses demokrasi ini di antara pilihan raya-pilihan raya yang diadakan,” katanya.

 

Menurut perdana menteri, kedua-dua negara komited untuk bekerjasama memperbaiki taraf hidup rakyat masing-masing. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.