Mexico Hasrat Kerjasama Dengan Malaysia Bangunkan Industri Halal

KUALA LUMPUR – Mexico, antara 12 negara anggota Perkongsian Trans-Pasifik, menyuarakan hasratnya untuk bekerja besama-sama Malaysia dalam membangunkan industri Halal.

 
Dalam satu kenyataan di sini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata negara itu kagum ke atas sistem pensijilan dan standard Halal Malaysia yang komprehensif.

 

MITI berkata, produk Halal menarik minat Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Mexico, Carlos De Icaza Gonzalez, seperti yang dinyatakannya dalam pertemuan dengan Timbalan Menteri MITI, Datuk Chua Tee Yong pada Khamis.

 

 

“Gonzalez menyatakan bahawa Mexico sedang membangunkan industri Halal dan beliau beharap dapat mengakses pasaran Halal dunia menerusi kerajasama dengan Malaysia,” kata MITI.

 

 

Malaysia kini diperakui sebagai peneraju dalam industri Halal dunia. Pada 1974. Pusat Penyelidikan Bahagian Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri mula mengeluarkan surat pensijilan Halal ke atas produk yang memenuhi kriteria Halal pada masa itu.

 

Pada 2000, standard Halal pertama dikeluarkan, menjadikan Malaysia sebagai negara pertama yang mendokumentasikan secara sistematik sistem jaminan Halal.

 

Lima tahun kemudian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meluaskan unit Halalnya yang dikenali sebagai Hab Halal JAKIM.

 

JAKIM merupakan badan pensijilan Halal pertama di dunia yang bertanggungjawab memantau industri Halal.
Menurut MITI, Gonzalez juga dilaporkan berkata, walaupun eksport Mexico ke Asia tidak besar ketika ini, namun mereka beminat menilai pasaran China yang luas.

 

“Oleh itu, menerusi kerjasama dua hala dengan Malaysia, mereka berharap dapat terus meningkatkan hubungan dagangan di Asia,” katanya.

 

Pada 2015, dagangan dua hala antara kedua-dua negara mencecah US$1.97 bilion (US$1.00=RM4.06), peninglatan 17.5 peratus berbanding 2014.

 

Pada separuh pertama 2016, dagangan dua hala antara kedua-dua negara bernilai US$1.085 bilion, peningkatan 35.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.