Guru Patah Tangan Di Tahan Polis?

KUALA LUMPUR – Seorang guru di dakwa telah mengalami patah tangan apabila di tahan oleh dua orang pegawai polis.

 

Satu video berdurasi 30 saat telah dirakam yang menunjukkan situasi penahanan guru berkenaan.

 

Menurut satu muatnaik status di akaun Facebook milik Surur Ghazali, pegawai berkenaan mengesyaki bahawa guru tersebut seorang penagih dadah setelah beliau pulang dari mengajar tusyen untuk murid UPSR di sekolahnya.

 

Dalam video tersebut, guru tersebut telah di tahan dengan cara yang kasar dan beliau meronta kepada pegawai terbabit bahawa beliau bukan seorang penagih dadah namun tidak diendahkan oleh pegawai berkenaan.

 

Selepas guru tersebut di bawa ke balai polis, Guru Besar sekolah tersebut telah datang dan memberi keterangan dan penjelasan bahawa guru terbabit adalah guru yang mengajar di sekolah. -SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.