Dakwaan Jalan Mendap Di Terowong Genting Sempah Tidak Benar

KUANTAN – Pemegang konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Anih Berhad hari ini, menafikan dakwaan bahawa jalan selepas terowong Genting Sempah arah Kuala Lumpur-Kuantan mendap seperti yang tersebar di laman sosial WhatsApp.

 

 

Jurucakapnya berkata berita itu palsu dan pengguna jalan raya boleh mengikuti perkembangan berkaitan berita dan trafik menerusi Twitter @LPTTrafik.

 

 

Dakwaan jalan mendap itu tersebar semasa orang ramai dijangka akan menggunakan laluan itu yang merupakan laluan utama ke pantai timur untuk pulang ke kampung sempena Aidiladha Isnin ini.

 

 

Selain dikatakan jalan mendap, dakwaan itu turut meminta mereka yang berhajat pulang ke kampung untuk mencari laluan alternatif kerana bimbang jalan akan ditutup sekiranya hujan berterusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.