Adnan Tak Mahu Bertanding PRU14

KOTA BHARU – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menyatakan hasrat tidak mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

 
Memetik laporan sebuah portal, bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai itu berkata, ia terpulang kepada pucuk kepimpinan parti untuk menerima keputusan tersebut atau sebaliknya.

 
“Sudah masuk tahun ke-31 sebagai wakil rakyat, saya merasakan sampai masanya untuk cari orang lain pula memikul tanggungjawab ini.

 
“Dalam setiap perjuangan dan perkara yang kita lakukan ia mesti ada titik noktah dan saya merasakan mungkin pilihan raya kali ini, (PRU-14) saya menawarkan diri untuk tidak bertanding lagi, lama sangat dah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.