Video: Mesyuarat MT UMNO Petang Tadi, Jadi Medan Perpaduan

Kuala Lumpur – UMNO hari ini membuktikan kepada lawan dan kawan bahawa parti berusia 59 tahun itu masih utuh dan kukuh walaupun diasak dengan pelbagai isu.

 

 

Mesyuarat Majlis Tertinggi parti petang tadi yang dikatakan akan menjadi medan pergolakan sebaliknya menjadi medan perpaduan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal menzahirkan komitmen untuk setia dan berjuang demi kejayaan parti pada Pilihan Raya Umum ke-14.

 

Mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

 

 

Bermula kira-kira 3.20 petang, mesyuarat ini ialah yang pertama diadakan sejak rombakan kabinet pada 28 Julai lalu.

 

Mesyuarat MT pada Julai ditangguhkan susulan rombakan kabinet dan sekali lagi ditangguhkan bulan lalu bagi memberi ruang kepada UMNO bahagian untuk menyempurnakan mesyuarat perwakilan masing-masing.

 

Sementara itu MT turut memutuskan Perhimpunan Agung UMNO 2015 akan berlangsung pada 8 hingga 12 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

 

Perkara itu dimaklumkna ketika sidang akhbar sejurus selesai mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn di sini, sebentar tadi.

 

Menurut Najib tarikh itu dipilih berikutan pada November terlalu banyak persidangan antarabangsa yang mana Malaysia menjadi tuan rumah.

 

“Perhimpunan ini akan diadakan pada Disember kerana ada banyak persidangan antarabangsa pada November. Ia juga selepas persidangan Dewan Rakyat,” katanya. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.