Surat Terbuka Kepada Najib

Kuala Lumpur – Tindakan anak bekas Ketua Polis Negara, Najib Abdul Rahman yang mempersoalkan keberanian Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini nyata menarik perhatian ramai, sekaligus mungkin memberi ‘pukulan’ hebat kepada anggota keselamatan negara.

 

Bekas wartawan New Straits Times itu dalam kenyataan di laman Facebooknya sebelum ini menyatakan Khalid tidak mempunyai keberanian seperti bapanya, Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang berpegang pada prinsip sehingga mati ditembak, 41 tahun lalu.

 

“Saya minta maaf Tan Sri Khalid Abu Bakar. Saya tidak nampak awak ada ‘telur’ untuk lakukan apa yang ayah saya telah lakukan.

 

“Kamu tiada keyakinan dan kebenaran untuk melakukan itu. Mungkin ada tetapi tidak ditunjukkan.

 

“Saya boleh bercakap dengan bangga bagaimana bapa saya berdepan dengan ahli politik. Mungkinkah anak-anak dan keluarga kamu akan bercakap dengan cara yang sama bila kamu tiada? Segalanya bergantung kepada kamu,” katanya dipetik menerusi laman Facebooknya, 3 September lalu.

 

Berdasarkan rekod, Tan Sri Abdul Rahman Hashim ialah Ketua Polis Malaysia ketiga yang berkhidmat pada 17 Julai 1925 hingga 7 Jun 1974.

 

Beliau menyandang jawatan tersebut sehingga ditembak mati oleh anasir komunis di Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974.

 

 

 

Susulan itu, surat terbuka tersebut merupakan respons terhadap kenyataan Najib itu:

 

Oleh: Pencinta Anak Bangsa

 

Saudara Najib…..saya mengikuti komen- komen saudara di media sosial yang menyanjung tinggi pengorbanan ayahanda saudara, Tan Sri Abdul Rahman yg gugur semasa dalam tugas. Memang saya sendiri rasa bertuah hidup di bumi Malaysia yang sarat dengan pejuang2 bangsa yang sanggup mengadai nyawa demi negara. Rakyat Malaysia terhutang budi pada mereka. Samada berjawatan KPN ataupun konstable, darah yang tumpah tak ternilai harganya. Merah darah pejuang2 bangsa…tanda tidak takut mati.

 

Namun saya agak terkilan apabila saudara memperkecilkan kewibawaan dan perlekehkan kepimpinan Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan membandingkan beliau dengan arwah ayahanda saudara.

 

Saudara harus jujur dalam mengakui hakikat bahawa setiap Ketua Polis Negara mempunyai kekuatannya sendiri. Dan kekuatan itulah yang secara kolektifnya telah memperkasakan PDRM yang ada sekarang. Mereka masing2 punya kekuatan tersendiri.

 

Jangan diperlekeh atau diperkecilkan mana-mana KPN kerana mereka telah meninggalkan dhoby mark masing2 yang harus dikenang dan disanjung tinggi. Ingatlah KPN adalah satu institusi. …bukannya soal individu.

 

Lihatlah sekeliling saudara. Adakah rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan? Dalam situasi di mana negara jiran goncang dek bunyi letupan dan masyarakat gugup melihat mayat2 bergelimpangan akibat serangan pengganas dan puak militan, rakyat Malaysia masih mampu menjalani kehidupan harian seperti biasa tanpa rasa takut menjadi korban anasir durjana.

 

Itulah sebenarnya pengukur kewibawaan dan kepimpinan KPN sekarang. Itulah benchmark kepimpinan KPN sekarang.

 

Saya juga terkilan apabila saudara mempersoalkan isu pertukaran Dato’ Hamid Bador, bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas I. Sejauh mana saudara tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku di belakang tabir? Atau ada tangan2 ghaib atau Si Kitol yang memesongkan persepsi saudara sehingga saudara hilang dalam kabus ketidaktentuan akibat sentimen saudara dipermainkan? Atau saudara tidak sedar yang saudara telah diperkotak-katikkan agar mencetus polemik dengan niat untuk menjatuhkan imej pasukan polis umumnya dan Ketua Polis Negara khususnya?

 

Saya bukanlah pembela pasukan keselamatan yang diberi habuan untuk menulis surat terbuka ini… apa lagi mempunyai kaitan dengan Ketua Polis Negara. Namun semangat dan kecintaan saya terhadap pasukan ini amat tinggi setelah melihat pengorbanan yang telah dicurahkan termasuk lah ayahanda saudara sendiri. Ini adalah kerana saya masih waras dan dapat melihat dengan mata dan hati yang terbuka….. Dan saya tidak akan sesekali menghina PDRM yang secara tidak langsung telah mendewasakan saya dalam negara yang aman dan tenteram.

 

Saudara Najib, selidik lah sedikit fakta sebelum berkata-kata. Jangan terus ditelah apa yang disuap kepada saudara. Dato’ Hamid Bador sebenarnya telah membuat permohonan rasmi untuk bersara awal. Namun atas sebab2 peribadi yang hanya beliau sahaja mampu menjawab, beliau telah memohon untuk menarik balik permohanan tersebut. Saya sendiri tidak sesekali ingin membuat andaian tapi tolong fikirkan sendiri keadaan ini – memohon dan menarik balik permohonan dan kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Pengarah Isu-Isu Keselamatan dan Transnasional (SIS)??????

 

Saudara Najib, jangan juga ditimbulkan isu tiada pembelaan dibuat oleh Ketua Polis Negara terhadap Dato’ Hamid Bador. Menerima permohonan penarikan balik permohonan persaraan awal yang dibuat juga merupakan satu kebajikan ke atas beliau. Tidak begitu? Di manakah datangnya isu sehingga dikatakan Dato’ Hamid Bador dianiaya. Cuba tanya beliau berapa orang dari kalangan rakan2 skuadnya yang berpangkat Commissioner?

 

Saudara juga telah membuat kenyataan yang tersasar apabila menyatakan bahawa Tun M disiasat Polis kerana menyertai Himpunan Bersih. Aduh aduh…..tangan ghaib silap banyak apabila menyuap maklumat tersebut kepada saudara. Atau saudara tak baca berita yang soheh? Baca. Baca dan baca berulang kali kenyataan KPN…Tun M akan dipanggil untuk diambil kenyataan berhubung beberapa dakwaan dalam uacapan beliau bahawa wujud penyelewengan dalam parti politik. Faham maksudnya? Atau saudara lebih rela penyelewengan itu didiamkan saja oleh KPN?

 

Cukuplah saya membawa saudara Najib sampai ke situ. Fikir-fikirkan lah.

 

Jangan lah begitu mudah meletakkan kesalahan atau memberikan andaian negatif terhadap Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan membandingkan dengan kepimpinan ayahanda sendiri. Saya tidak tergamak berbuat demikian tapi saudara begitu bangga membandingkan dan menyatakan arwah bapa tidak mungkin akan mengambil tindakan yang sama seperti KPN sekarang dalam beberapa isu. Masa dan keadaan jauh bezanya antara dulu dan sekarang, saudara..Jangan dibandingkan. Negara sekarang berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman keselamatan dan KPN masih mampu berdiri tegak walaupun diasak dari pelbagai sudut dari pihak2 yang mempunyai agenda tersirat.

 

Kini, saya sendiri mempertikaikan kredibiliti saudara. Saya faham niat saudara menyanjung tinggi pengorbanan arwah. Sifat anak mithali… Tapi saya tidak sesekali setuju dengan cara saudara yang cuba menjatuhkan imej KPN sekarang. Ingat …dia juga seorang bapa.

 

Yang pastinya, zaman arwah dan zaman Tan Sri Khalid amat jauh bezanya. Janganlah saudara memalukan arwah yang juga amat saya sanjungi jasanya dengan mengeluarkan komen-komen dan kenyataan sebegini yang menunjukkan saudara hilang darah kepolisan yang mengalir dalam diri saudara. Paling penting, tanya diri sendiri samada arwah Tan Sri Rahman akan bangga dengan tindak tanduk anaknya ini….

 

Saya pasti akan menulis lagi, untuk menidakkan apa juga kata-kata atau apa jua perkara yang meruntun hati ribuan warga Polis Diraja Malaysia malah jutaan rakyat Malaysia yang tinggi harga diri terhadap pasukan keselamatan yang amat kami sanjungi. Saya juga lahir atas titis darah seorang perwira.

 

Penyokong Pasukan Keselamatan

 

 

 

Nota: Surat terbuka merupakan pandangan peribadi penulis surat tersebut dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi SuaraTV.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.